25 May 2009

What craze after exams?

Aku dah gila. Kamu semua tahu tak? Kami di sini, Isyak masuk around jam 11.11mlm, lepas itu, Subuh pula menyusul seawal jam 3 pagi. Jadi, masa tidur aku pun telah diubah ke selepas solat Subuh, atau kadang-kadang, eh, silap, bukan kadang-kadang, "selalu" adalah perkataan yang lebih sesuai, jadi, selalu, aku tidur pun selepas jam 5-6 pagi (rasa-rasanya lah). Bangun pula jam 10pg-12tgh hari. Memang gila hidup aku sekarang. Tak apalah, merasa hidup siang yang lama di negeri orang ini. Tak mengapalah, nak balik Malaysia dah lagi 5 hari. So, dengan ini, saya, Awang Mohd Ridhwan Mohd Noordin, pelajar tahun pertama perubatan di University College Dublin, mengisytiharkan, saya sendiri, dalam kegilaan ingin pulang ke Malaysia, senang kata, "Back to Malaysia for summer holiday" craze!!!!!