13 February 2009

Bil Letrik

Aduh, kenapalah due date nak bayar 20 Februari ni. MARA tak masuk lagi duit, nak korek mana lah pula duit nak bayar. Well, sebenarnya, aku nak tulis ni, bukan tentang bil baru-baru ni. This time, bil rumah aku dah cecah 150Eur setiap orang, untuk lebih kurang 11-12 minggu (14 November 2008 - 4 Februari 2009). Sebelum tu, bil rumah aku, dalam 92Eur, untuk 10 minggu, so, mungkin tak apalah kot, winter la katakan, banyak pakai heater.

Alkisah post kali ini, aku nak cerita la hal dulu-dulu, masa dapat bil pertama kami. Masa tu, orang lain semua, macam tak ada yang lebih dari 75Eur kot, kecuali satu rumah tu, 141Eur, so, jadilah, rumah kami nilai bil yang kedua tertinggi di kalangan Malaysian di Belgrove ni. Maka, berlangsunglah, satu perbincangan, antara ahli-ahli rumah B23-5, Belgrove Residence.

Belum cukup hangat, adapun seorang di kalangan bertiga itu, memberi idea, untuk bahagikan bil mengikut kadar penggunaan, maka, melentinglah seorang dari tiga itu, dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu. Dengan tenangnya, aku pun kata, tak bolehlah buat macam tu, kita tak dapat nak tengok atau buktikan pun siapa yang pakai banyak, bukannya ada syarikat elektrik tu pasang meter untuk setiap bilik, yang ada untuk setiap rumah.

Bukan aku tak kasihan pada orang itu, tapi, seolah-olah tak adil juga, sebab nak buat sesuatu tanpa bukti, memanglah akan ada yang tak puas hati. So, aku pun, jumpalah pula orang yang masuk bilik itu, dia cakap dengan aku, dengan nada yang tinggi, aku tak berniat nak marah pada mulanya, telah meninggikan suara aku juga, dan cakap, dia tak honour our meeting, main lari macam itu sahaja, mana boleh. Siapa tak marah, betul tak?

Maka, dia pun akur dengan aku, dan aku pun, cakaplah, memang tak mungkin boleh bahagi, sebab tak ada bukti, tapi aku hanya mampu ingatkan dia, untuk cuba berjimat, supaya bil kami taklah tinggi lagi lepas ini. Dan dia pun, akur sahaja.

Sampai klimaksnya, yang telah meninggalkan meeting itu (si B), telah mengutus surat pada yang mencetuskan idea untuk bayar mengikut kadar (si C). B letak 30Eur, dan dengan nada marah dalam surat, mengatakan C sungguh sengkek, dan sangat "bossy" sebab B kata, C selalu suruh dia buat itu ini.

C pun, tunjuklah pada aku, dan aku pula, tak mahulah konflik dalam rumah jadi lebih hangat, cuba untuk tidak mengambil pihak, duduk sahaja atas pagar. C pun utus balik surat, cuba untuk menjelaskan perkara-perkara yang diutarakan oleh B dalam suratnya. Dan setelah itu, aku pun tak tahulah apa jadi antara mereka.

Tapi, kalau ikutkan, bagi aku, aku rasa, antara mereka, sudah tiada apa-apa mahupun pertalian persahabatan. Tak pernah bersemuka, kalau ada pun, tak mungkin mereka bertegur sapa (berdasarkan pemerhatian aku). Maka, suasana yang keruh, dapat kurasakan dalam rumah itu, dan kucuba untuk menyatukan semula mereka berdua, namun gagal (usaha secara tak langsung).

Hingga kini, mereka tidaklah bertegur sapa, mahupun bersemuka. Dalam rumah kami, seolah-olah ada dinding antara mereka (memang pun, bilik asing-asing). Makan pun tidak sama-sama lagi, apatah lagi, setelah cuti musim sejuk yang lepas, C telah keluar dari pakatan kami bertiga (pakatan masak bergilir-gilir, haha) dan sertai kumpulan lain, jadilah kami (B dan aku) sahaja yang gilir-gilir masak.

Dan kini, C telah mengajak aku untuk tinggal bersama-sama tahun depan. Apa yang terlintas dalam fikiranku hanyalah, adakah aku perlu bayar lebih tahun depan hanya sebab aku ada PlayStation 3?

Pengajaran yang aku dapat, tak perlulah perkara sekecil-kecilnya, dijadikan masalah besar. Hanya akan menyebabkan perpecahan dan tidak puas hati sesama kita. Patut bersatu lah, kerana kita ni, dah lah sama-sama Islam, satu bangsa pula itu, bangsa Melayu.

Aduh, susah betul dunia sekarang.

3 comments:

mus said...

haha.ak tau sape B n C.kui2.
childish sungguh.
tula melayu,duk mane2 pun nk gaduh sesama sendri.

aisyahkama said...

camni jela...
if tanak bayar,
ready la pelita o lilin.
jimat.
semua tak payah bayar.
nak masak air?
pasang unggun api kat luar.
save sikit.

;)

freNNy said...

ooohh....


kne laa saling memahami.. jgn emotional sgt.. tolerate ..

be united as msians kt overc.. nnt if susah or sakit.. kiter2 gk yg tlg each other..